Friday 13 July 2018

Diy Bekas Kuih Raya

Assalamualaikum semua..

Post kali ni berkenaan DIY atau cara membuat bekas kuih raya sendiri dengan menggunakan balang sedia ada. Senang dan mudah didapati. Kalau lebih kreatif dan rajin, makanya lebih cantik lah hasilnya nanti.


Pertama sekali sediakan barang-barang yang diperlukan.
1) Balang kosong
2) Gunting
3) Glue Gun
4) Glue Stick
5) Reben
6) Shinestone

Balang kosong ni saya beli di kedai Eco Shop. 3 Balang baru RM2.
Reben & Gam. Kalau nak guna gam jenis lain seperti gam gajah pun boleh juga.
Asalkan boleh lekatkan reben tu pada balang nanti.
Ni namanya shinestone. Boleh buat macam-macam dengan benda ni.
Samada nak lekatkan pada casing hp atau benda lain untuk bagi cantik lagi.
Ada je orang letak pada tudung ^_^

Langkah-langkah:

1) Lilitkan reben pada tudung balang dengan kemas. Kemudian kita ketepikan untuk langkah kedua iaitu membuat reben hiasannya pula.


2) Buat 2 bentuk reben. Satu kecil dan satu lagi lebih besar. Kemudian, cantumkan dua reben tersebut seperti gambar di bawah. Reben kecil berada di atas reben yang lebih besar.



3) Seterusnya, lekatkan reben tersebut pada tudung balang yang kita telah lilitkan tadi.


4) Akhir sekali, hiaskannya dengan shinestone.


Ok dah siap! ^_^


Kalau korang lebih kreatif, rajin, & lebih barang2 nya. Boleh lah jadi macam gambar bawah ni (pic by google):


Korang yang ada nak share pasal DIY. Boleh komen di bawah ye. Nanti boleh saya ushar. 
TQ <3

No comments:

Post a Comment