Saturday 3 February 2018

#randomlife

Hi assalamualaikum...

Dah lama betul tak update blog. Bersawang sudah blog ni. apa khabar lah semua ye? Saya alhamdulillah sihat dan bertambah 'sihat' *faham-faham je lah ye hahaha >_<. Kali terakhir saya update blog adalah berkenaan dengan makanan, jun 2017. Sekarang dah masuk tahun baru 2018. Dah bulan dua pula tu. hihihi.. Tapi rasanya tak terlambat lagi kan saya nak ucap selamat tahun baru pada semua pembaca ^_^. Semoga tahun kali ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun lepas. Semoga peristiwa dalam tahun ini banyak memberi pengajaran kepada kita agar menjadi manusia yang lebih baik. In shaa Allah..


sumber google

12 Februari genaplah setahun usia perkahwinan saya dan suami. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi yang kurniakan saya seorang suami yang baik hati dan penyayang serta bertanggungjawab. Semoga keluarga kecil saya yang dibina ini berkekalan sejahteranya. Aamin..


Sempena ulangtahun perkahwinan saya kali ini, saya bercadang hendak buat kejutan pada si suami.
Tapi sedang memikirkan idea. Berkenan juga di hati ini hendak kejutkan suami dengan penghantaran hadiah berupa kek, belon seperti yang tular di facebook kini. Agak-agaknya si suami akan suka tak ye? atau masak special hehehe Kalau korang ada idea, boleh la komen ye.


contoh sumber dari google

Seterusnya, saya nak beritahu ni, saya ada la juga hasrat nak buka perniagaan sendiri yang berkaitan dengan arts design dan kraf termasuklah printing. Tapi masih dalam mengumpul modal dan menimba ilmu berniaga. In shaa Allah jika termakbul impian ini, saya akan umumkan pada pembaca blog saya ini ye. Kot2 ada yang bernasib baik dapat free gift ke ;) ada promosi mantap ke.. in shaa Allah..

Ok lah korang, sampai sini update blog dari saya Liyana Nur. Moga korang terus membaca blog saya tanpa bosan. In shaa Allah suatu hari nanti saya nak beri hadiah istimewa buat pembaca dan pengomen setia blog saya. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak akan terima.

Bye dan selamat malam. C=

Liyana Nur



No comments:

Post a Comment