Sunday 11 June 2017

Resepi shellout sendiri

Hi assalamualaikum...

Semalam baru sahaja melantak shellout hasil masakan sendiri atas permintaan mak. Katanya teringin sangat nak rasa shellout tapi masak sendiri boleh masak banyak-banyak baru puas makan. Makanya terjadilah resepi sendiri dan ringkas. Tapi atas hasil research saya kat google juga ye. Bukan main taram macam tu je. 

hasilnya tadaa... ni masih laggi dalam kuali besar. mak request kuah banyak ^_^

Ok berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara memasaknya:



Bahan-bahan:
3 ekor ketam
1kg lalah
1 kg udang
1/2kg sotong
3 senduk serbuk kari ikan adabi
Kisar - cili besar merah segenggam, cili padi 3 biji,bawang besar 1 biji setengah, bawang putih 5 ulas, halia 1 inci, belacan sedikit.
2 batang titik serai
asam jawa sedikit
cili sos 5 sudu
garam
gula
air - kalau nak kuah lebih boleh letak lebih air
brokoli

Cara-caranya:
1) Tumis bahan yang dikisar, serbuk kari, serai sehingga masak dan naik minyak.
2) Setelah bahan tumis tadi masak, kita masukkan asam jawa sedikit, sos cili, garam dan gula sesedap rasa, dan air sedikit. Saya letak air dalam 1 cawan sahaja, sebabnya air daripada seafood tu sendiri dah banyak bila kita dah masukkan seafood tu nanti.
3) Akhir sekali, masukkan seafood. Kacau rata sehingga masak. 
4) Setelah masak, baru masukkan brokoli. Sayur ni tak boleh dimasak lama-lama nanti layu xsedap. Jadi, kacau dalam 1 minit tu tutup api dan hidangkan untuk menjamu selera. 

Sekian, terima kasih. Selamat mencuba.
Liyana Nur

No comments:

Post a Comment