Friday 19 October 2018

Cara Daftar SSM

Assalamualaikum semua...

Post kali ni saya nak share cara mendaftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat pertama kalinya. Tetapi untuk maklumat yang lebih tepat dan lengkap boleh hubungi pihak SSM sendiri atau ke laman web SSM. Entri yang saya kongsi ni berdasarkan pengalaman saya ye :).

Saya pun baru pertama kali mendaftarkan perniagaan jenis milikan tunggal *boleh google tentang jenis2 perniagaan atau syarikat.

Pada mulanya saya sangkakan perlu mengisi borang-borang tertentu secara manual dengan memuat turun dan print borang-borang tersebut. Isi kemudian hantar ke pejabat SSM yang terdekat. Saya pun buatlah semua tu dan pergi ke cawangan SSM di Putrajaya sebab situ sahaja yang paling dekat dengan rumah.

Masa tu dah petang hampiri tamat waktu office. Setiba di sana, saya lihat kaunter pendaftaran dah tutup seawal 30 minit. Hampa la juga. Saya kemudiannya terus bertanya pada orang yang bertugas disitu dan dari situ saya baru tahu bahawa diwajibkan daftar secara online jika mahu mendaftar syarikat.

Mujur di situ sudah tersedia beberapa komputer yang khas dgunakan untuk daftar syarikat secara online. Makanya teruslah ambil peluang gunakannya disamping terima tunjuk ajar daripada staf disitu. Tapi yang lecehnya, setelah daftar secara online kemudian menunggu pengesahan email bahawa permohonan kita tu berjaya, kita perlu pergi semula ke pejabat SSM yang terdekat untuk pengesahan cop jari sahaja. Setelah itu boleh pulang.

Masa permohonan nama perniagaan saya tu sudah di reject 2 kali sebab nama dan jenis perniagaan yang dijalankan tu tidak disetujui. Tetapi alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Hasilnya seperti dalam gambar di bawah ni.

 



Saya menggunakan nama tred dan dikenakan caj RM60 untuk setahun. Setelah selesai mohon online, approval, cop jari & bayaran, baru lah boleh print sendiri dokumen2 ni.

Senang je sebenarnya nak daftar perniagaan atau syarikat ni. Semoga berjaya semua.
Tq sudi baca :) <3

p/s: kalau ada yang nak share pengalaman dan info lanjut tentang ssm atau perniagaan ke... boleh lah tinggalkan link atau pendapat di komen bawah.



No comments:

Post a Comment